Home Sukan WTA POHON PEMINAT HORMATI PEMAIN ENGGAN BERSALAMAN

WTA POHON PEMINAT HORMATI PEMAIN ENGGAN BERSALAMAN

179
0

London: Persatuan Tenis Wanita (WTA) merayu kepada penonton memahami dan tunjuk rasa hormat apabila pemain Ukraine enggan berjabat tangan dengan lawan dari Rusia dan Belarus sebagai protes terhadap perang yang sedang berlaku di negara mereka.

Sebelum itu, Aryna Sabalenka menyokong gesaan Elina Svitolina agar pegawai perlawanan bertindak balas untuk membantu melindungi pemain daripada dilemparkan kebencian.

Victoria Azarenka, dari Belarus, dicemuh ketika berada dalam gelanggang berikutan kekalahannya kepada pemain Ukraine, Elina di Wimbledon hujung minggu lalu.

Seperti kebiasaan, Elina tidak berjabat tangan dengan Victoria sebagai protes terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Belarus adalah sekutu kepada Rusia dalam peperangan berkenaan.

Victoria, yang mengangkat tangannya ke arah Elina, seolah-olah sebagai tanda hormat, meninggalkan gelanggang dengan bunyi ejekan dari beberapa bahagian tempat duduk penonton.

Juara dua kali Terbuka Australia itu berkata layanan berkenaan adalah ‘tidak adil’.

“Saya fikir ia adalah perlawanan tenis yang hebat,” tambahnya.

“Jika orang ramai hanya akan memberi tumpuan kepada berjabat tangan, peminat, penonton yang mabuk, ejekan di hujung selepas tamat perlawanan, ia memang memalukan.”

HMetro Online, AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here