Home Buletin Semasa PERODUA VIVA DISERET TRALER, TIADA KECEDERAAN DILAPORKAN

PERODUA VIVA DISERET TRALER, TIADA KECEDERAAN DILAPORKAN

14
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki dilanggar sebuah treler dari belakang sebelum diseret ke bahu kiri jalan dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Gua Musang–Kuala Lipis, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.12 malam ketika pemandu kereta berusia 23 tahun bersama dua lagi penumpang dalam perjalanan dari Bachok menghala ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, seorang lelaki berusia 26 tahun yang memandu sebuah treler jenis Nissan tanpa muatan telah melanggar kereta itu dari belakang sehingga menyebabkan kenderaan tersebut terseret ke bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, pihak polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here