Home Buletin Semasa PPA MACHANG LAHIRKAN DUA HAFIZ, HAFAL 30 JUZUK

PPA MACHANG LAHIRKAN DUA HAFIZ, HAFAL 30 JUZUK

38
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

MACHANG: Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berjaya melahirkan dua orang hafiz yang mampu mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh yang singkat.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, beliau amat bangga dengan pencapaian cemerlang itu kerana matlamat utama penubuhan sekolah tahfiz kini berhasil.

“Kejayaan ini mencerminkan keberhasilan matlamat utama penubuhan sekolah iaitu melahirkan golongan hafiz dalam kalangan prospek atau dikenali sebagai mujahid sekali gus membantu mereka memulihkan diri dan menyumbang bakti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Khatam Perdana Hafazan Al-Quran Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan MAIK di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang, di sini semalam.

Beliau berkata, salah seorang daripada mujahid itu berjaya menjadi penerima insentif Huffaz Al-Quran MAIK pada tahun ini.

Menurutnya, hanya 60 peserta daripada 121 prospek melepasi tapisan untuk menyertai program itu.

Beliau berkata, program yang dibiayai melalui dana zakat MAIK serta wakaf Sultan Mansor menawarkan insentif berjumlah RM7,200 setahun atau RM600 sebulan bagi setiap orang sebagai ganjaran kepada penerima.

“Mereka juga diberi peranan untuk mengetuai program murajaah di masjid terpilih di seluruh Kelantan.

”Mereka juga berperanan mengajar prospek yang lain dalam proses pembelajaran dan hafazan Al-Quran khususnya di pusat pemulihan itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), Zaidi Hamid berkata, seramai 37 hafiz termasuk dua di Kelantan mengikuti pengajian di 14 sekolah tahfiz dalam penjara di seluruh negara.

”Sekarang kita ada seramai 277 pelajar yang mengikuti program ini, dan setakat ini PPA Machang mendahului pusat tahfiz penjara di seluruh negara apabila merekodkan dua hafiz.

”Di Sabah terdapat dua pusat iaitu PPA Labuan dan Penjara Kota Kinabalu, manakala di Perak pula PPA Batu Gajah dan Penjara Tapah.

”Semua pusat tahfiz ini bawah kawalan dan seliaan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here