Home Luar Negara EMPAT DEWAN KAIA DITETAPKAN UNTUK JUALAN AIR ZAMZAM

EMPAT DEWAN KAIA DITETAPKAN UNTUK JUALAN AIR ZAMZAM

266
0

JEDDAH: Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) di sini menetapkan empat dewan dalam lapangan terbang untuk urus niaga jualan air Zamzam.

Menurut KAIA, jemaah yang melakukan perjalanan melalui penerbangan antarabangsa boleh membeli air Zamzam dari pintu luar dewan utara.

Selain itu, air Zamzam boleh dibeli dari tiga tempat di dewan No. 1, iaitu di dalam dewan A, di luar pintu B2, serta di luar pintu C2.

KAIA juga menetapkan maksimum satu botol lima liter air Zamzam yang boleh dibawa jemaah.

AGENSI, BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here