Home Sukan HAALAND DEDAH REAKSI TEMAN WANITA, ANGGAP AKSI FIZIKAL DENGAN GABRIEL NAMPAK PELIK

HAALAND DEDAH REAKSI TEMAN WANITA, ANGGAP AKSI FIZIKAL DENGAN GABRIEL NAMPAK PELIK

33
0

LONDON: Penyerang Manchester City, Erling Haaland mendedahkan teman wanitanya kurang senang melihat aksi fizikal membabitkannya dengan pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, menurut Haaland, pertembungan kasar seperti tarik jersi, duel badan dan calar-balar adalah perkara biasa, namun ia mungkin kelihatan janggal dari sudut pandangan orang luar.

“Saya rasa jersi saya ditarik sedikit. Saya tak dapat sepakan percuma, tapi inilah Liga Perdana Inggeris sekarang.

“Ada elemen ‘gusti’ di sana sini, banyak perebutan dan calar. Kadang-kadang teman wanita saya pun tak begitu suka tengok, ia nampak sedikit pelik. Tapi itulah realitinya,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Gabriel dilaporkan menarik jersi Haaland hingga koyak, selain kedua-dua pemain turut terbabit dalam beberapa insiden panas di atas padang. 

Haaland turut berpendapat Gabriel sepatutnya dilayangkan kad merah, namun pengadil Anthony Taylor hanya memberikan kad kuning kepada kedua-dua pemain. 

“Saya rasa itu kad merah, ramai juga setuju dengan saya. Kalau saya jatuh seperti pemain lain, mungkin ia kad merah.

“Tapi saya tak buat begitu kerana diajar untuk kekal berdiri. Mungkin kalau saya jatuh, ia jadi lebih mudah, tapi saya tak buat dan akhirnya saya pula dapat kad kuning,” katanya.

Walaupun diasak hebat, Haaland tetap memainkan peranan penting apabila menjaringkan gol kemenangan City dalam aksi terbabit.–Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here