Home Sukan JDT TERPAKSA BAYAR HARGA MAHAL LAWAN JEONBUK

JDT TERPAKSA BAYAR HARGA MAHAL LAWAN JEONBUK

KUALA LUMPUR: Pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) terus membuktikan bahawa sebarang kesilapan mudah dan kegagalan memanfaatkan peluang di kawasan pertahanan lawan akan dibayar dengan harga yang cukup mahal.

Memetik laporan Barita Harian, Itu pengajaran berguna yang perlu ditelan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas terpaksa akur tunduk 0-2 di tangan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Piala Dunia Jeonju, semalam.

Pengendalinya, Xisco Munoz mengakui bahawa persembahan yang ditunjukkan skuad Harimau Selatan tidak berada pada tahap yang terbaik khususnya apabila memiliki peluang dalam kawasan lawan.

“Ia bukan persembahan terbaik kami malam ini. Kami menghadiahkan beberapa peluang kepada mereka dan kami tahu kami tidak berada di tahap terbaik di kawasan pertahanan lawan.

“Dalam saingan ACLE, setiap perincian kecil adalah sangat penting. Kita perlu belajar daripada malam ini, lebih memahami pihak lawan dan memperagakan persembahan yang lebih baik serta matang pada perlawanan seterusnya.

“Perancangan kami jelas. Kami tahu kami perlu mengekang hantaran jauh dan bola kedua. Kami adalah sebuah pasukan yang kuat dan lincah dan kami perlu bermain mengikut kelebihan terbabit serta mendorong diri kami,” kata Munoz.

Terdahulu, JDT tampil dengan persembahan meyakinkan pada awal permainan apabila banyak mencipta peluang untuk menghasilkan jaringan namun tuan rumah mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan Bruno Mota.

Jeonbuk Hyundai kemudian dihadiahkan sepakan penalti di hujung babak pertama yang disempurnakan Italo Rosa dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan JDT tewas buat kali pertama dalam saingan ACLE musim ini.

Keputusan itu menyaksikan JDT jatuh ke tangga ketujuh liga dan kekal dengan tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan namun Munoz menegaskan anak buahnya akan bangkit pada aksi seterusnya.

“Kami akan memberikan yang terbaik untuk peminat kami pada perlawanan seterusnya,” katanya. – BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here