Home Hiburan ‘NO COMMENT’ – LINDA JASMINE KUNCI MULUT PERIHAL BEKAS SUAMI

‘NO COMMENT’ – LINDA JASMINE KUNCI MULUT PERIHAL BEKAS SUAMI

40
0

SHAH ALAM: Memetik laporan Harian Metro, koreografer tari terkenal, Linda Jasmine, 54, mengambil pendekatan enggan lagi memberi sebarang komen berkaitan bekas suaminya yang juga pelakon, Que Haidar, 47.

Malah, Linda juga tidak mahu mengulas mengenai tindakannya yang didakwa membalas komen netizen di media sosial berhubung bayangan perpisahan dibuat demi melindungi anak-anak daripada perkara tidak diingini.

“Tak nak komen. Terima kasih. Saya akan menjawab hanya mengenai program Talk To My Manager 2 (TTMM 2) ini sahaja,” kata Linda ringkas kepada media ketika ditemui di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Ditanya juga pandangannya mengenai kehadiran Que Haidar pada konsert seterusnya untuk menyaksikan persembahan Ratu akan datang, Linda memaklumkan dia tidak tahu.

“Itu saya tak tahu (sekiranya Que Haidar akan hadir), ‘no comment (tiada komen,” katanya ibu tunggal tiga cahaya mata ini. 

Ketika ini, Linda bertindak sebagai pengurus Ratu yang berentap dengan sembilan peserta lain dalam program TTMM 2 selama 10 minggu.

Sebelum ini, isu perpisahan antara Linda dan Que Haidar menjadi perhatian ramai di media sosial selepas kenyataan dibuat wanita itu sebagai maklum balas kepada netizen yang menasihatinya untuk rujuk semula.

“Saya melindungi mereka (anak-anak) daripada kejahatan, sebab itu saya menceraikan dia. #YTJT,” tulis Linda ringkas pada komen itu tanpa memperincikan lanjut.

Terdahulu, Que Haidar dan Linda mendirikan rumah tangga pada 2009, namun mereka sah bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 16 dan Tengku Cleopatra Haidar, 14.–HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here