Home Luar Negara JAKARTA BERDEPAN MASALAH TAK CUKUP TANAH UNTUK KUBUR

JAKARTA BERDEPAN MASALAH TAK CUKUP TANAH UNTUK KUBUR

299
0

JAKARTA: Jakarta kini berdepan krisis tanah perkuburan apabila hanya 11 daripada 80 tanah perkuburan awam (TPU) masih mampu menampung jenazah baharu, lapor Kompas.com.

Mmemetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro Ketua Jabatan Pertamanan dan Hutan Bandar (Distamhut) DKI Jakarta, Fajar Sauri berkata, sebanyak 69 TPU sudah penuh dan hanya melaksanakan sistem pengebumian bertindih.

Katanya, sistem itu digunakan dengan menempatkan jenazah di atas kubur keluarga sebagai penyelesaian sementara.

“Perkhidmatan pengebumian bertindih dilakukan dengan menggunakan kubur keluarga,” katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, dengan purata 100 jenazah dikebumikan setiap hari, baki 118,348 petak kubur hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga tahun lagi.

Fajar menjelaskan, usaha memperluas atau membina TPU baharu sering berdepan penolakan daripada penduduk sekitar.

Antara TPU yang masih menerima pengebumian baharu termasuk Rawa Terate, Cipayung, Cilangkap, Bambu Apus, Rorotan dan Tanah Kusir.

Selain itu, TPU Pegadungan di Jakarta Barat seluas 65 hektar masih dalam proses penambakan sebelum boleh digunakan.

Sementara itu, Gabenor Jakarta, Pramono Anung mengakui, isu kekurangan tanah perkuburan itu sebagai cabaran besar bagi bandar berkenaan.

Katanya, kerajaan wilayah sedang mengkaji cadangan membina perkuburan bertingkat dan membuka kawasan baharu di luar Jakarta.

“Memang ini kini menjadi masalah dan sedang dikaji. Ada cadangan, tetapi belum diputuskan sama ada dibenarkan untuk dilaksanakan pengebumian bertingkat,” katanya.

Beliau menambah, pembinaan kawasan perkuburan di luar Jakarta turut dipertimbangkan sebagai penyelesaian jangka panjang.

Krisis tanah perkuburan itu menggambarkan realiti kompleks Jakarta yang terus berkembang, sedangkan ruang untuk yang sudah tiada semakin sempit. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here