Home Buletin Semasa REMAN DUA REMAJA SUSPEK KES TIKAM PENUNTUT KOLEJ 61 KALI DISAMBUNG 7...

REMAN DUA REMAJA SUSPEK KES TIKAM PENUNTUT KOLEJ 61 KALI DISAMBUNG 7 HARI LAGI

73
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dua remaja yang dipercayai terbabit dalam kes kematian penuntut kolej dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, disambung tujuh hari sehingga Khamis depan.

Majistret Rais Imran Hamid membenarkan lanjutan reman itu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dua suspek yang berusia 19 tahun itu sebelum ini direman tujuh hari sehingga hari ini.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira jam 8.50 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Sebelum ini, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam Jumaat, mayat seorang gadis, Nurfisya Zulkifly, 19, ditemui di Kampung Padang Simah, Ketereh, dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here