Home Sukan PAHANG RANGERS BENAM SELANGOR 4-3 DIPENTAS FINAL PERTAMA MPFL

PAHANG RANGERS BENAM SELANGOR 4-3 DIPENTAS FINAL PERTAMA MPFL

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Pasukan Pahang Rangers FC tampil garang menewaskan Selangor FC 4-3 pada saingan pertama final Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup SUKPA, di sini semalam.

Beraksi di gelanggang sendiri skuad bimbang jurulatih, Eloy Alonso Fraile tampil dengan persembahan begitu bersemangat memburu kemenangan sebelum beraksi pada final kedua di gelanggang lawan pada 31 Oktober ini.

Usaha memburu gol awal dilakukan pemain kedua pasukan hingga mengundang aksi keras dipamerkan, kemuncak kekasaran dilakukan

Harith Naim Md Nasir pada minit ke lapan hingga mengundang pengadil melayangan kad merah pada pemain Pahang Rangers itu.

Pelawat yang tampil garang apabila mendapat gol pertama pada minit ke-8 menerusi awang import mereka Evandro Borges yang mudah menewaskan penjaga gol tuan rumah, Afiq Abd Rahman.

Tersentak dengan jaringan Selangor, Pahang Rangers bangkit melakukan beberapa percubaan menerusi penjaring terbanyak mereka Felipe de Souza. Usaha tuan rumah memburu jaring berhasil pada minit ke-11 oleh Razin Rahim.

Kerancakan perlawanan terganggu apabila terpaksa diberhentikan hampir sejam berikutan bumbung stadium bocor sedang perlawanan berbaki sembilan minit. Terdapat beberapa kesan bocor yang menyebabkan air menitis dalam dan tepi gelanggang.

Babak kedua Pahang Rangers seolah mengganas dengan menghasilkan jaringan menerusi Rodrigo da Silva pada minit ke-24, Syarifuddin Md Akhirn (m-26) dan De Souza (m-33).

Pelawat tidak menyerah kalah dengan menghasilkan jaringan menerusi Marlon Oliveira pada minit ke-34 dan Evandro Borges pada minit ke-39 untuk mengikat kedudukan 4-3.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here