Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
TUMPAT: Sebuah premis dobi di Pasar Besar Wakaf Bharu, di sini dirempuh sebuah kereta jenis Honda City kira-kira jam 11.20 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, kejadian itu menyebabkan pintu kaca premis berkenaan pecah.

“Kereta itu dipandu oleh seorang wanita berusia lingkungan 50-an, dia dipercayai dari arah Jalan Puteri Saadong menuju ke premis dobi berkenaan.
“Setibanya di lokasi, pemandu itu membuat pusingan-U sebelum dipercayai secara tidak sengaja tertekan pedal minyak sehingga kenderaan dipandunya meluru dan merempuh pintu kaca bahagian hadapan premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, akibat kejadian itu, pintu kaca premis pecah namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.
IMedikel TV






