Home Segmen Kesihatan KESAN UBAT CAIR DARAH

KESAN UBAT CAIR DARAH

1296
0

Oleh:Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ubat cair darah adalah salah satu jenis ubat yang digunakan untuk menghalang darah membeku dengan cepat.

Jadi risiko utama apabila diambil berlebihan dos boleh menyebabkan pendarahan pendalaman yang teruk. Oleh itu pemeriksaan berkala dilakukan bagi mengelakkan masalah tersebut.

Tujuan pemberian ubat ini adalah untuk menghalang pengubatan dalam saluran darah yang menjadi sebab utama serangan jantung dan stroke.

Kesemua ubat cair darah bertindak secara berbeza bergantung kepada jenis ubat.

Terdapat dua jenis ubat cari darah iaitu:

1. Anti-coagulant

Ia menghalang fungsi protein dalam pembekuan darah.

Contoh :

• Heparin

• Warfarin

• Enoxaparin (Lovenox)

• Fondaparinox(Arixtra)

• Dabigatran(Pradaxa)

2. Ubat antiplatlet

Ia menghalang fungsi platlet dalam pembekuan darah.

Contoh :

• Aspirin

• Clopidogrel(Plavix)

• Ticlopidine(Ticlid)

Dengan pemberian ubat sintetik ini diharapkan tiada pembentukan darah beku yang biasa berlaku seperti:

1. Diabetis Mellitus

2. Selepas serangan sakit jantung dan stroke

3. Masalah Deep Vein Thrombosis pada anggota kaki (betis)

4. Selepas pembedahan menggantikan injap jantung

Kesan sampingan yang berbahaya seperti pendarahan dalam boleh berlaku tetapi dapat dielakkan jika melakukan pemeriksaan berkala terutamanya pengguna ubat Warfarin.

Namun darah yang cair ini dapat dikenalpasti apabila pesakit mengalami masalah mudah lebam.

Tanda-tanda yang lebih serius adalah:

1. Ada darah pada najis ginjal

2. Keluar darah haid yang banyak (bercampur darah beku berketul-ketul dan darah merah)

3. Ada darah bila batuk kuat

4. Muntah berdarah

5. Ada darah yang banyak dalam air kencing

Jika anda adalah seorang pesakit yang menggunakan ubat ini, anda perlu berhati-hati.

Antara langkah yang perlu dilakukan adalah:

1. Selalu ingatkan doktor bahawa anda sedang mengambil ubat pencair darah.

2. Tidak melakukan aktiviti lasak yang berisiko mendatangkan kecederaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here