Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Pengambilan air ketum tidak boleh dikesan menerusi ujian air kencing menyebabkan pengambilan bahan terlarang itu semakin menjadi-jadi.

Antara empat kesan sampingan terburuk pada kesihatan jika kerap minum air ketum:
1. Keracunan hati
– Kesan keracunan daripada ketagihan ketum adalah sesuatu yang secara relatifnya, jarang berlaku.
- Namun yang demikian, campuran dengan bahan-bahan lain dan atau pengambilan yang kerap dan dalam jumlah yang banyak, mendedahkan seseorang itu kepada risiko keracunan hati.
2. Kecederaan hati
- Terdapat beberapa kes gangguan neurologi yang telah dikenal pasti berkaitan akibat ketagih ketum dan airnya.
- Namun yang demikian, sukar untuk ditentukan jika tumbuhan itu sendiri yang mengakibatkan serangan sawan.
3. Kebarangkalian menyebabkan kecederaan otot jantung
4. Kemungkinan menyebabkan kecederaan kalenjar tiroid

Antara gejala gian yang berupaya untuk berlaku seandainya ketagihan adalah mudah tersinggung, rasa tidak tenang, mual, tekanan darah tinggi, sukar untuk tidur (insomnia), hidung berair, sakit otot dan sakit sendi, dan juga cirit-birit.






