Home Segmen Kesihatan KERAP KENCING MALAM PUNCA TEKANAN PERASAAN

KERAP KENCING MALAM PUNCA TEKANAN PERASAAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Setiap individu memerlukan enam hingga lapan jam sehari untuk tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan setiap hari.

Namun, mereka yang kerap kencing malam sukar untuk mendapatkan tidur yang lena kerana terpaksa bangun malam untuk ke tandas.

Ia sekaligus boleh mendatangkan tekanan perasaan kepada inidividu tersebut.

Masalah kencing malam berlebihan turut dikenali sebagai “Nokturia”.

Golongan yang lebih berusia sangat berisiko menghidap masalah ini kerana umur yang meningkat akan menjejaskan fungsi buah pinggang dan pundi kencing.

Bagaimanapun, nokturia boleh berlaku disebabkan gaya hidup atau masalah kesihatan.

Nokturia, atau poliuria nokturnal, merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada masalah kencing yang berlebihan pada waktu malam

Tabiat suka minum air sebelum tidur juga boleh menyebabkan kencing malam berlebihan, tetapi ada beberapa punca lain yang boleh menyebabkan nokturia:

1.Jangkitan pada kawasan pundi kencing

2.Masalah prostat membengkak

3.Kehamilan

Selain itu, ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh individu yang mengalami nokturia untuk mengurangkan bangun malam.

1.Kosongkan pundi kencing sebelum tidur untuk tidur lebih lena.

2.Berhenti minum air 2 hingga 4 jam sebelum tidur: kurangkan pengambilan air pada waktu malam.

3.Kurangkan garam dalam makanan.

4.Elakkan mengambil minuman yang mengandungi kafein.

Justeru, mereka yang mengalami masalah ini akan berasa penat kerana kurang tidur serta tidak dapat tidur lena pada malam hari.

Sekiranya mempunyai masalah ini, segeralah berjumpa doktor supaya tidak terus menderita dengan nokturia selamanya.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here