Home Sukan JUARA BERTAHAN HALANGAN SPEEDY TIGRESS KE FINAL

JUARA BERTAHAN HALANGAN SPEEDY TIGRESS KE FINAL

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara berdepan ujian getir apabila perlu mencabar juara bertahan, India pada separuh akhir Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026, esok.

Memetik laporan Berita Harian, kejayaan skuad kendalian CR Kumar mara ke kelompok empat terbaik itu selepas melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Thailand dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Bhopal, semalam.

Empat gol padang dalam tempoh lima minit terakhir memastikan kemenangan ke atas Thailand, dengan Nuramirah Syakirah Zulkifli meledak dua jaringan pada minit ke-55 dan 60, manakala Nur Afiqah Syahzani Azhar turut menyumbang dua gol pada minit ke-56 dan 60.

Kumar berkata, beliau gembira dengan persembahan pemain terutama pada 10 minit terakhir, namun mengingatkan mereka supaya mengekalkan pendekatan agresif itu sejak awal perlawanan.

“Jika bermain dengan corak agresif yang sama sejak awal perlawanan, mereka mampu melakukan sesuatu yang lebih baik,” katanya. 

Malaysia sebelum ini pernah menduduki tempat ketiga pada edisi ACT 2013 di Kakamigahara, Jepun, yang kekal sebagai pencapaian terbaik negara dalam kejohanan berkenaan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here