Home Sukan HILANG FOKUS HANTUI TFC

HILANG FOKUS HANTUI TFC

13
0

KUALA TERENGGANU: Hilang fokus selepas mendahului lawan terus menghantui Terengganu FC (TFC) yang dilihat semakin berliku untuk menamatkan saingan Liga Super di tempat kelima pada musim ini.

Memetik laporan Harian Metro, hal ini diakui pengendalinya, Tengku Hazman Raja Hassan yang jelas kecewa dengan mutu permainan anak buahnya selepas tumpas 1-3 kepada pendatang baharu liga, Imigresen FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Pada perlawanan itu, TFC hanya memerlukan masa enam minit pertama untuk menjaringkan gol sulung perlawanan menerusi pemain tengah menyerang kelahiran Brazil, Careca.

Bagaimanapun selepas jaringan itu, skuad lawan bimbingan Yusri Che Lah bangkit lebih bertenaga sebelum melakar kemenangan 3-1 menerusi jaringan Wilmar Jordan, Eduardo Sosa dan jaringan sendiri pertahanan tuan rumah, Diego Landis.

“Situasi ini (hilang fokus) berlarutan selepas mereka menjaringkan gol, mereka juga hilang penguasaan bola, apabila perkara itu terjadi, kombinasi permainan antara pemain sudah nampak kurang, situasi ini sudah dijangka terutama selepas ketiadaan pemain tengah, Ehson Panjshanbe yang digantung perlawanan. 

“Jaringan kedua penalti yang diperoleh lawan memperlihatkan corak permainan menurun,” ujar bekas ‘arkitek’ skuad kebangsaan itu selepas tamat perlawanan malam tadi.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Kelantan itu tidak menafikan anak buahnya bangkit melawan pada babak kedua untuk memburu jaringan.

“Pemain mencipta peluang pada babak kedua untuk menjaringkan gol, tapi masalahnya mereka tidak menggunakan peluang itu dengan sebaiknya untuk menjaringkan gol.

“Kekalahan ini sudah pasti menyaksikan misi untuk menamatkan saingan liga di tempat kelima dilihat sedikit sukar, saya begitu kecewa, lagipun kami tidak dapat menggunakan pemain yang sama pada setiap perlawanan akibat kecederaan dan penggantungan.

“Harap pemain fokus pada aksi terakhir menentang Sabah di tempat lawan,” ujar Tengku Hazman yang mengambil alih tugas pada pertengahan musim daripada Badrul Afzan Razali yang sebelum itu direhatkan.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here