Home Sukan KANE RANGKUL ANUGERAH BALLON D’OR

KANE RANGKUL ANUGERAH BALLON D’OR

LONDON: Penyerang Bayern Munich dan England, Harry Kane, dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2026 selepas mengharungi musim cemerlang dengan membuktikan dirinya antara penjaring gol terbaik dunia.

Memetik laporan Berita Harian, Kane menjadi pemain England pertama dalam tempoh 25 tahun memenangi anugerah berprestij itu, selepas Michael Owen melakukannya pada 2001.

Kapten England itu meledak 61 gol dalam 51 penampilan bersama Bayern merentasi semua pertandingan, sekali gus membantu kelab Jerman itu melengkapkan kejuaraan berganda domestik menerusi gelaran liga dan piala.

Kane turut memainkan peranan penting membawa England ke separuh akhir Piala Dunia, dengan menyumbang enam gol sepanjang kejohanan. – BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here