Home Buletin Semasa ANGGOTA MARITIM MALAYSIA MAUT, 3 LAGI CEDERA KETIKA KEJAR BOT BAWA PATI

ANGGOTA MARITIM MALAYSIA MAUT, 3 LAGI CEDERA KETIKA KEJAR BOT BAWA PATI

KANGAR: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut, manakala tiga rakan setugas cedera, dipercayai tercampak keluar dari bot yang terlanggar tembok di pesisir pantai di Sungai Padang, di sini, tengah malam tadi.

Memetik laporan NSTP melalui Berita Harian, Insiden ketika pasukan berkenaan difahamkan mengejar sebuah bot disyaki membawa sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.

Dalam kejadian sekitar 12.30 tengah malam itu, Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, yang bertugas di Unit Perisikan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kedah/Perlis disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi anggota dilaporkan cedera.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai insiden berkenaan.

Difahamkan, kehilangan mangsa hanya disedari rakan setugasnya selepas mendapati jumlah anggota tidak mencukupi sebelum jenazah ditemukan kira-kira sejam kemudian selepas gerakan mencari dijalankan.

Ketika ini, ahli keluarga Allahyarham berkumpul di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, bagi menunggu urusan bedah siasat dan memandikan jenazah selesai.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah selepas proses bedah siasat selesai. – NSTP, BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here