Home Sukan USIA 10 TAHUN JADI FAKTOR BUMBUNG STADIUM TERTUTUP SUKPA BOCOR

USIA 10 TAHUN JADI FAKTOR BUMBUNG STADIUM TERTUTUP SUKPA BOCOR

KUANTAN: Jabatan Kemasyarakatan dan Pelancongan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) tidak menolak faktor usia yang mencecah lebih 10 tahun menyebabkan bumbung Stadium Tertutup SUKPA, di sini kini bocor.

Pegawai Perhubungan Awam MBK, Hani Syazani Kamarudin Arifin, berkata Stadium Tertutup SUKPA di Indera Mahkota. di sini, dibina pada 1996 untuk digunakan

bagi penganjuran Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-6 Pahang.

Bagaimanapun, menurutnya pada 2012 kerja menaik taraf stadium berkenaan dilakukan bagi kegunaan Kejohanan SUKMA Ke-15 apabila Pahang sebagai tuan rumah buat kali kedua.

“Kini Stadium Tertutup SUKPA menjangkau usia lebih 10, kerosakan besar banyak berlaku terutama beberapa kebocoran pada bumbung menyebabkan air menitis laju diatas gelanggang terutama ketika hujan lebat.

“Untuk membaiki kebocoran bumbung serta kerosakan lain ia memerlukan peruntukan yang besar, bantuan kewangan daripada pihak terbabit amat diperlukan,” katanya, dihubungi di sini semalam.

Beliau menambah, pihak MBK telah mengenalpasti episod bumbung Stadium Tertutup SUKPA bocor sejak 2024 ketika Kejohanan Kelayakan Futsal Piala Dunia apabila negara menjadi tuan rumah. Namun ketika itu kebocoran tidak terlalu ketara.

Hani Syazani Kamarudin berkata, isu bumbung bocor lebih ketara berlaku ketika stadium berkenaan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di daerah ini pada 2023. Hujan berterusan ketika itu menyebabkan air menitis laju ke atas lantai.

Menurutnya, MBK telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM6.15 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi kerja membaiki struktur dan menukar bumbung termasuk

kerja berkaitan. Peruntukan itu merangkumi kerja makanikal dan elektrikal yang turut terkesan air akibat kerosakan bumbung ini.

Episod bumbung Stadium Tertutup SUKPA bocor berlaku kelmarin ketika final pertama Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) antara Pahang Rangers FC berhadapan Selangor FC, perlawanan babak pertama yang berbaki sembilan minit terpaksa ditangguhkan hampir sejam kerana terdapat banyak air diatas gelanggang.

Kejadian yang berlaku itu mencalarkan imej tuan rumah Pahang Rangers dan tempiasnya turut diterima MBK selaku pemilik gelanggang itu. Rata-rata peminat penonton yang menyaksikan perlawanan itu kecewa dengan apa yang berlaku.

Mereka berharap kerja membaiki bumbung Stadium Tertutup SUKPA dapat segera dilakukan sebelum saingan MPFL 2027 bermula.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here