Home Luar Negara LIMA MAUT DITEMBAK DALAM PERTIKAIAN PAJAKAN HOTEL

LIMA MAUT DITEMBAK DALAM PERTIKAIAN PAJAKAN HOTEL

Hyderabad: Lima orang maut ditembak manakala seorang lagi cedera dalam kejadian yang berpunca daripada pertikaian berhubung pajakan sebuah hotel di Guwahati, timur laut India, pada Isnin malam, menurut polis.

“Enam orang cedera akibat terkena tembakan, namun lima daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan dialami,” kata Ketua Polis Guwahati Partha Sarathi Mahanta kepada pemberita.

Suspek yang dikenal pasti sebagai pemegang pajak, Ghanakanta Gogoi, telah ditahan dan sepucuk pistol turut dirampas.

Siasatan awal polis mendapati kejadian tembakan di Hotel Bilas Inn itu berpunca daripada pertikaian berhubung pajakan hartanah berkenaan.

Mahanta berkata empat daripada mangsa yang maut merupakan anggota keluarga pemilik hotel itu, manakala seorang lagi berasal dari kampung yang sama dengan keluarga berkenaan.

NDTV melaporkan mangsa dikenal pasti sebagai pemilik hotel, Helena Bharali; anak lelakinya, Devarshi Kashyap; isteri Devarshi, Riniki Kashyap; saudara keluarga itu, Narayan Das; serta abang Helena, Bhudev Bharali.-BERNAMA, HMetro Online-.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here