Home Luar Negara 18 WARGA ASING DITAHAN PALSUKAN DOKUMEN HAJI

18 WARGA ASING DITAHAN PALSUKAN DOKUMEN HAJI

12
0

MAKKAH: Polis Wilayah Makkah menahan 18 pemastautin warga Afghanistan dan Pakistan atas kesalahan memalsukan permit residensi, kad Nusuk serta gelang tangan haji.

Memetik laporan BERNAMA-SPA menerusi Harian Metro, pihak berkuasa sudah mengambil tindakan undang-undang ke atas kesemua suspek dan kes ini diserahkan kepada Pendakwaan Awam bagi tindakan lanjut.

Direktorat Jeneral Keselamatan Awam menggesa setiap warga tempatan dan juga warga asing supaya mematuhi segala peraturan serta arahan musim haji.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang dengan menghubungi talian 911 bagi kawasan Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah Timur, manakala talian 999 bagi kawasan lain di seluruh Arab Saudi.-BERNAMA-SPA, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here