Home Luar Negara AS KENAKAN SEKATAN KE ATAS 10 PIHAK BANTU IRAN

AS KENAKAN SEKATAN KE ATAS 10 PIHAK BANTU IRAN

31
0

WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan sekatan terhadap 10 individu dan syarikat, termasuk beberapa yang berpangkalan di China dan Hong Kong, kerana didakwa membolehkan tentera Iran mendapatkan senjata dan bahan yang digunakan dalam dron dan peluru berpandu balistik siri Shahed, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik laporan Bernama-Anadolu menerusi Harian Metro, langkah itu menyasarkan rangkaian yang didakwa membantu Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan badan gabungannya memperoleh komponen senjata dan bahan mentah gred aeroangkasa.

Menurut jabatan itu, ia bersedia untuk mengambil tindakan ekonomi terhadap pangkalan industri pertahanan Iran supaya Iran tidak dapat menyusun semula kapasiti pengeluaran dan kuasa projek di luar sempadannya.

“Di bawah kepimpinan tegas Presiden Trump, kami akan terus bertindak untuk Menjaga Keselamatan Amerika dan menyasarkan individu serta syarikat asing yang menyediakan senjata kepada tentera Iran untuk digunakan menentang pasukan AS,” kata Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dalam kenyataan.–Bernama-Anadolu, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here