Home Buletin Semasa MAJIKAN LELAKI OKU LEMBAM DIREMAN TUJUH HARI BANTU SIASATAN KEMATIAN MANGSA

MAJIKAN LELAKI OKU LEMBAM DIREMAN TUJUH HARI BANTU SIASATAN KEMATIAN MANGSA

11
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Majikan lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam yang ditemui di Kampung Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, di sini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 52 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.

Tahanan reman itu bermula hari ini hingga Rabu dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Bachok pada jam 9.32 pagi dengan berpakaian lokap berwarna oren.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata suspek yang bekerja sebagai kontraktor pemasangan jubin itu ditahan di sekitar daerah ini semalam.

Katanya, mangsa Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, bekerja sebagai pemasang jubin dengan suspek.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki OKU lembam maut dipercayai dipukul selepas ditemui dalam keadaan nazak di tepi jalan di Kampung Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, di sini kira-kira jam 7.30 pagi Selasa lalu.

Mangsa meninggal dunia jam 12.55 tengah malam, semalam di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian akibat kecederaan parah di kepala.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here