Home Sukan IRAN PASTI BERAKSI DI PIALA DUNIA – INFANTINO

IRAN PASTI BERAKSI DI PIALA DUNIA – INFANTINO

29
0

WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT: memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Presiden FIFA Gianni Infantino berkata, Iran pasti akan menyertai Piala Dunia 2026 walaupun berlaku perang di Timur Tengah.

“Iran pasti akan datang. Kami berharap pada masa itu keadaan sudah aman, itu pasti akan membantu,” kata Infantino kepada penyiar CNBC, awal pagi tadi.

“Tetapi Iran perlu datang, mereka mewakili rakyat mereka, mereka sudah layak dan pemain mahu bermain,” katanya mengenai perlawanan akan datang pasukan itu yang dijadualkan di Amerika Syarikat pada Jun.

Menurut Infantino, beliau baru-baru ini berada di Antalya, Turkiye untuk bertemu pasukan Iran di kem latihan mereka dan menyatakan pasukan itu mahu mengambil bahagian dalam Piala Dunia.

“Mereka patut bermain, sukan harus terpisah daripada politik,” kata Infantino. 

“Sekarang, baiklah, kita tidak tinggal di bulan, kita tinggal di bumi, tetapi jika tiada siapa percaya pada usaha membina jambatan dan mengekalkannya, kami sedang melakukannya.”

Iran antara pasukan pertama layak ke Piala Dunia yang berlangsung di Amerika Syarikat dan akan membuka saingan menentang New Zealand pada 15 Jun, kemudian berdepan Belgium pada 21 Jun, kedua-duanya di Los Angeles.

Pada 26 Jun, Iran dijadualkan menentang Mesir di Seattle. Jika Iran mara, semua perlawanan seterusnya juga akan diadakan di Amerika Syarikat.

Iran sebelum ini meminta FIFA memindahkan perlawanan mereka ke Mexico yang turut menjadi tuan rumah bersama Amerika Syarikat dan Kanada, tetapi permintaan itu ditolak.

Tiada pasukan kebangsaan menarik diri daripada Piala Dunia FIFA sejak 1950, iaitu kejohanan pertama selepas Perang Dunia Kedua.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here