Home Luar Negara IRAN AKAN PERTAHANKAN DIRI SELEPAS SERANGAN ISRAEL

IRAN AKAN PERTAHANKAN DIRI SELEPAS SERANGAN ISRAEL

242
0

TEHRAN: Iran memberi amaran akan mempertahankan diri selepas serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya empat askar dan seterusnya mencetuskan kebimbangan perang besar-besaran di Asia Barat.

Iran turut menegaskan ia mempunyai ‘hak dan kewajipan’ untuk mempertahankan diri, sementara sekutunya di Lubnan, Hizbullah, menyatakan bahawa ia sudah melancarkan serangan roket yang menyasar lima kawasan kediaman di utara Israel.

Hizbullah kemudiannya mengeluarkan amaran pemindahan untuk lebih daripada sedozen lokasi yang di Israel, manakala tentera Israel membuat amaran sama untuk dua kawasan kejiranan di selatan Beirut.

Dalam pada itu, Israel turut memberi amaran bahawa Iran akan ‘membayar harga yang tinggi’ jika ia membalas serangan itu, sementara Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Britain menuntut Tehran supaya tidak meningkatkan konflik lebih lanjut.

Ini susulan agensi Berita Kebangsaan rasmi Lubnan melaporkan awal pagi tadi, Israel melancarkan serangan baru di pinggir bandar selatan Beirut.

Tentera Israel mengesahkan serangan itu dilakukannya selepas letupan dan tembakan anti-pesawat bergema di sekitar Tehran dan membedil kilang peluru berpandu Iran serta kemudahan tentera di beberapa wilayah.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden berharap ‘ini adalah penamat’ selepas serangan Israel yang berlaku sebelum subuh, dengan menyatakan bahawa ‘serangan itu hanya menyasarkan lokasi ketenteraan’.

Biden turut menggesa Israel supaya mengelakkan menyerang kemudahan nuklear dan minyak dalam serangan balasnya, dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan bahawa tiada tapak nuklear yang terjejas.

Kesatuan Eropah (EU) turut menggesa semua pihak untuk menahan diri sepenuhnya bagi mengelakkan ‘peningkatan yang tidak terkawal’.

Negara-negara lain, termasuk banyak negara jiran Iran, mengutuk serangan Israel dan beberapa seperti Russia, menggesa kedua-dua pihak untuk mengawal diri dan mengelakkan apa yang disebut Moscow sebagai ‘senario bencana’.

Sementara itu, Menteri Luar, Abbas Araghchi mengadakan perbincangan telefon dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Qatar dan Syria.

Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani dari Qatar, pengantara utama dalam usaha gencatan senjata Gaza, menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap kesan serius yang mungkin timbul daripada peningkatan ini. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here