Home Hiburan PUAS LUANG MASA BERSAMA ANAK – FATTAH AMIN

PUAS LUANG MASA BERSAMA ANAK – FATTAH AMIN

266
0

Putrajaya: Pelakon Fattah Amin, 34, gembira dapat meluangkan masa bersama anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya, 3, baru-baru ini.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin berkata waktu diluangkan itu amat berharga kerana dapat buat pelbagai aktiviti, termasuk bertemu dengan datuk dan neneknya. 

“Dia gembira bila dapat jumpa ‘daddy’ dia. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan permainan.

“Saya juga turut bawanya isi masa dengan ahli keluarga saya yang lain. Alhamdulillah, terubatlah kerinduan itu,” katanya ditemui di Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024), malam tadi. 

Fattah sempat berkongsi sedutan video dan gambar yang memaparkan dirinya bersama-sama Fatima dengan ahli keluarganya yang lain ketika itu.

Menurutnya, kini dia tidak lepas tangan memenuhi pelbagai tuntutan kerja yang kian padat menyebabkan berat badannya mulai susut.

“Jadual saya sudah penuh, tapi tidaklah sehingga hujung tahun depan. Sampai Februari 2025, alhamdulillah.

“Nampak susut mungkin sebab kesibukan kerja juga, makan pun tak teratur sangat. Susut tak banyak, dalam dua ke tiga kilogram,” katanya.

Pelakon filem Mat Kilau itu mendapat jolokan ‘Duda Hot’ daripada netizen selepas berita perceraiannya dengan aktres dan usahawan, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Pada 12 Oktober lalu, Fattah pertama kali membuat siaran langsung di platform TikTok yang memperoleh 22 juta tanda suka dan ditonton lebih 54,000 pengguna media sosial, sekali gus mencetuskan tular. – HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here