Kerajaan perlu lebih menumpukan perhatiannya dalam mentadbir negara dan bukannya cenderung untuk terlibat dalam perniagaan, kata bekas menteri kewangan dua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Mengambil contoh pelancaran 5G, ahli parlimen titiwangsa itu berkata, kerajaan sewajarnya berurusan dengan syarikat telekomunikasi secara langsung berbanding menubuhkan digital nasional berhad, D-N-B.
Beliau berkata, apabila kerajaan thailand mahu melaksanakan 5g, mereka tidak menubuhkan entiti baharu untuk melaksanakannya dan ia dilancarkan dengan pantas dan lancar. Katanya dalam wawancara bersama portal FMT.
DNB sebuah entiti kegunaan khas 100 peratus milik kementerian kewangan diperbadankan. Ia diberi tanggungjawab membina dan mengurus rangkaian 5g serta menjadi penyedia borong tunggal perkhidmatan 5G. Teknologi 5g sepatutnya dilancarkan pada hujung 2021 namun pelancarannya dilanda kelewatan. beberapa pengendali rangkaian tidak mahu membeli spektrum itu pada peringkat awal atas sebab harga dan berkaitan ketelusan.
Syarikat telekomunikasi kedua terbesar, maxis, yang mempunyai kira-kira 20 juta pelanggan, dilaporkan masih belum menyertai rangkaian 5g dnb. Perdana menteri, datuk seri anwar ibrahim pada disember mengarahkan pelancaran 5g dikaji semula kerana “tidak dilakukan secara telus, tanpa proses tender yang betul.” DNB bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
— Imedikel TV






