Home Buletin Semasa FORMULA PRODUK DARI IMEDIKEL BANTU PELAJAR UMK RANGKUL JOHAN PERTANDINGAN KEBANGSAAN

FORMULA PRODUK DARI IMEDIKEL BANTU PELAJAR UMK RANGKUL JOHAN PERTANDINGAN KEBANGSAAN

63
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan inovasi tempatan mampu mencipta kejayaan apabila berjaya merangkul gelaran johan dalam satu pertandingan selepas menggunakan formula produk daripada IMedikel sebagai asas projek mereka.

Seorang pelajar yang ditemui, Muhammad Hang Sufi Md Hang Tuah berkata, kerjasama bersama IMedikel membolehkan mereka menghasilkan produk Lip Balm dan Face Oil dalam tempoh hanya sebulan selepas sesi perbincangan dijalankan.

“Kami berjumpa dan membuat konsultasi dengan IMedikel pada bulan Februari dan alhamdulillah, produk berjaya dihasilkan pada bulan Mac dengan tempoh hanya sebulan sahaja.

“Untuk formulasi ini, kami memilih bekerjasama dengan IMedikel kerana kredibiliti dan kepercayaan terhadap syarikat itu yang mampu menghasilkan produk berkualiti serta boleh dibekalkan kepada kami,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Menurutnya, produk tersebut dihasilkan menggunakan bahan organik sepenuhnya termasuk ekstrak brokoli yang mengandungi minyak argan lebih tinggi serta membantu memberi kesan radiant dan melembutkan kulit wajah dengan lebih ketara.

Jelasnya lagi, produk tersebut bukan sahaja diperkenalkan untuk Business Combat 2026 sempena Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Kebangsaan, malah turut dirancang untuk dipasarkan secara lebih meluas dan kini berada dalam peringkat audit sebelum penjualan.

“Kami membawa sebanyak 200 unit bagi setiap produk untuk pertandingan tersebut dan dalam tempoh dua hari sahaja, sebanyak 80 peratus produk berjaya dijual,” katanya.

Sufi berkata, syarikat mereka yang dikenali sebagai Blooming Seed itu dianggotai lima ahli iaitu Tan Sadahana Amirah Tan Sharifuddin, Amal Ahmad Fathan, Nagesen A/L Asathampy dan Nurul Fatyha Mohamed.

Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan formulasi produk daripada IMedikel mampu membantu pelajar menghasilkan inovasi berkualiti sehingga berjaya meraih kemenangan di peringkat kebangsaan.

Sebelum ini, mereka berjaya merangkul gelaran juara dalam Pertandingan Business Combat 2026 sempena PUM Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 2 April lepas di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here