Home Buletin Semasa POLIS KELANTAN TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN KES LELAKI OKU LEMBAM MAUT WUJUD UNSUR...

POLIS KELANTAN TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN KES LELAKI OKU LEMBAM MAUT WUJUD UNSUR JENAYAH

52
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan kematian lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam yang ditemui di tepi jalan di Kampung Padang Lati, Bachok wujud unsur jenayah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian itu diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, meninggal dunia jam 12.55 tengah malam di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, di sini, akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada tanda-tanda kemalangan jalan raya, dan motosikal yang digunakan oleh mangsa dalam keadaan baik tanpa kerosakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘kecederaan di kepala akibat trauma tumpul.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok atau balai polis berhampiran.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here