Pasukan keselamatan papua new guinea bersedia menggunakan kekerasan dalam usaha membebaskan seorang warga asing dan tiga warga negara kepulauan pasifik selatan itu daripada penjenayah bersenjata.
Pesuruhjaya polis, David Manning, berkata warga asing dan tiga pelajar Universiti Papua New Guinea itu ditahan oleh penjenayah di kawasan sempadan South Highlands, Hela dan Wilayah Barat.
Katanya, warga asing yang tidak didedahkan namanya berikutan sensitiviti itu adalah warga New Zealand yang tinggal di Australia dan bekerja sebagai ahli Arkeologi di Universiti Australia.
— Imedikel TV






