Home Luar Negara LEBIH 150 PENDUDUK JATUH SAKIT AKIBAT MAKAN PANI PURI

LEBIH 150 PENDUDUK JATUH SAKIT AKIBAT MAKAN PANI PURI

Siddharthnagar, India: Lebih 150 penduduk termasuk beberapa kanak-kanak dilaporkan jatuh sakit selepas memakan pani puri, snek jalanan popular di India yang dibeli daripada sebuah gerai di daerah ini, lapor India Today.

Memetik laporan Agensi melalui Harian Metro, Kejadian itu mencetuskan kebimbangan berikutan kemungkinan berlaku keracunan makanan secara beramai-ramai dengan beberapa kanak-kanak terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala muntah-muntah.

Doktor mengesyaki penggunaan air tercemar atau makanan yang sudah rosak mungkin menjadi punca kejadian berkenaan.

Doktor Bertugas Bahagian Kecemasan memaklumkan, kira-kira 30 hingga 32 kanak-kanak sudah dibawa ke hospital setakat ini untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa memakan pani puri yang dijual seorang penjaja di perkampungan mereka sebelum mula mengalami gejala keracunan makananan dua hari kemudian.

“Sebahagian kes berada dalam keadaan serius, namun pesakit sedang dirawat dan dipantau. Kami menjangkakan lebih ramai pesakit akan tiba,” katanya.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan pihak hospital sedang menunggu keputusan ujian bagi mengesahkan sumber pencemaran.

Namun begitu, doktor mengesyaki penggunaan air tercemar atau bahan makanan yang tercemar mungkin mencetuskan wabak keracunan itu.

“Kami masih menanti laporan penuh,” katanya sambil menjelaskan punca kejadian hanya dapat dipastikan selepas siasatan selesai dan keputusan ujian diperoleh.

Semua mangsa kini menerima rawatan di hospital manakala pihak berkuasa menunggu hasil analisis lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – AGENSI, HMetro –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here