Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: “Kemasin Beach Resort” atau KBR menjadi sebuah destinasi pelancongan baharu dan semakin dikenali ramai apabila tampil dengan persekitaran yang indah dan menarik.
KBR terletak di pesisir Pantai Kemasin, di sini, menjadi tarikan baharu kepada pengunjung dari setiap pelosok.
Sebaik kru IMedikel TV tiba di destinasi itu, jelas kelihatan ketenangan suasana pantai dan juga kemeriahan gelak tawa orang ramai yang sedang menikmati kemudahan dan aktiviti yang disediakan.
Kami juga berpeluang menemubual pemilik KBR, Datuk Mohd Rowi Dollah mengenai keunikan Kemasin Beach Resort.

Katanya, antara tarikan utama di KBR adalah taman permainan air berwarna warni yang dilengkapi gelongsor tiup dan pelampung yang sesuai untuk kanak-kanak.
“Salah satunya adalah permainan kanak-kanak iaitu Soopa Doopa yang boleh muat kanak-kanak seramai 150 orang dalam satu masa dan ada banyak lagi permainan lain.
“Kerusi “healing” pula kita sediakan sebanyak 1,300 untuk pengunjung yang datang,” katanya.
Katanya, bagi makanan pula, sebanyak 16 gerai jualan makanan dan minuman dijual dengan harga yang mampu milik.

Mohd Rowi berkata, kawasan pantai itu dihiasi bertepatan dengan suasana “healing” yang disukai pengunjung tidak kira peringkat umur.
“Sasaran saya fokus kepada keluarga sebab hari ini kita tengok masa ibu bapa bersama anak sangat terbatas.
“Di Kemasin Beach Resort ini dia boleh healing dan anak boleh main pelbagai mainan ada, jadi mak ayah boleh tunggu dan ada masa spend suami isteri dan anak-anak,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Rowi berkata tercetusnya idea bagi pembinaan tempat itu adalah hasil perhatiaannya terhadap kecenderungan rakyat Kelantan yang kerap berkunjung ke negara luar.
Katanya, terdapat banyak lokasi pelancongan tempatan yang berpotensi untuk dibangunkan.
“Saya target Bachok ini adalah sepertimana yang kerajaan dah sarankan bandar pelancongan Islam jadi tercetusnya idea pada mulanya hari tu saya nak buat di Tumpat tetapi Bachok ini adalah kampung saya, jadi saya buat di Bachok,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil masa selama empat bulan untuk menyiapkan pembinaan fasa pertama pada 3 April lalu, manakala fasa kedua pula, dia bercadang untuk membina sebuah dewan serbaguna yang mampu memuat 500 pengunjung, dua restoran dan satu kedai serbaneka yang dijangka siap pada Jun depan.
“Fasa tiga pula kita akan bina 35 bilik dan villa, namun setakat ini juga kita sudah ada khemah yang mempunyai aircond dan tandas,” katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung, Salma Mat Akar, 52, berkata KBR adalah pantai paling cantik cantik yang terletak di negeri ini.

“Rasanya di Kelantan, ini adalah pantai paling cantik buat masa sekarang ini berbanding pantai lain,” katanya.
Manakala menurut seorang pelaiar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, Nurul Fitri Svahirah, 21, dia begitu teria kerana dekorasi di pantai tersebut sangat sesuai untuk diadikan lokasi bergambar.

Jelas Mohd Rowi, setakat ini dia bercadang untuk melebarkan jalan dan sudah membuat rundingan bersama kerajaan negeri mengenai isu tersebut.
“Saya memohon kepada pengunjung yang mari tu, harap bersabar kita sekarang ini tengah membuat rundingan dengan peringkat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan untuk membesarkan dari segi sudut jalan untuk memberi keselesaan kepada pengunjung,” katanya.
IMedikel TV






