Home Buletin Semasa PENGORBANAN ISTERI JAGA SUAMI LUMPUH 14 TAHUN

PENGORBANAN ISTERI JAGA SUAMI LUMPUH 14 TAHUN

285
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Walaupun sudah 14 tahun menanggung derita akibat terjatuh dari pokok kelapa, namun isteri masih setia di sisi suami.

Nor Liza Hassan, 51, dari Kampung Merkang, di sini, berkata selepas kejadian menyayat hati itu, dia kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga

“Suami saya sakit sejak 14 tahun lalu akibat jatuh dari pokok kelapa setinggi 6 meter. Akibat daripada kejadian itu dia lumpuh dari paras dada.

“Selepas kejadian dia tidak boleh bekerja dan mencari pendapatan sendiri disebabkan keadaan keuzuran yang dialami,”katanya ketika ditemui kru IMedikel TV pada Ahad.

Suaminya Mohd Ridzuan Nawi, 52, pertama kali memanjat pokok kelapa kerana anak bongsu mereka teringin meminum air kelapa.

Katanya sebelum kejadian anak bongsu mereka teringin untuk meminum air kelapa dan itu adalah pertama kali suaminya memanjat pokok kelapa.

Sebenarnya dia tidak pernah panjat pokok kelapa tetapi sebab anak bongsu teringin hendak minum air

“Suami memang ada masalah darah rendah, tiba-tiba dia rasa pening dan pitam sebelum terjatuh,”katanya.

Sejak itu, bermula tugas Nor Liza menggalas tanggungjawab demi kelangsungan hidup.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, pada awalnya agak sukar untuk dia menerima keadaan itu.

Namun demi suami dan anak-anak, dia reda dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Menurut Nor Liza, selepas kejadian itu dia berniaga secara kecil-kecilan demi menampung perbelanjaan keluarga.

Namun dia bersyukur kerana suaminya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500, manakala dari segi bantuan lampin pakai buang dan lain-lain ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut Nor Liza suaminya diuruskan sepenuhnya olehnya.

“Saya yang menguruskan suami termasuk memandikan dia, mengangkat, menukar lampin pakai buang kerana dia tidak mampu lagi untuk menguruskan diri,”katanya.

Dua anak perempuan Nor Liza masing-masing berumur 18 dan 17 tahun.

Anak sulungnya kini menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi di Kok Lanas, manakala anak bongsu fokus untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Nor Liza antara penerima manfaat di bawah inisiatif Program Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

“Saya amat berterima kasih kepada YAPEIM dan juga penyumbang-penyumbang yang banyak menolong saya sehingga saya dapat memiliki rumah ini,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here