KUALA LUMPUR: Pelakon, Yana Samsudin, 40, yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada 25 Jun lalu kerana mengalami dehidrasi, sudah keluar wad dan kini berehat di rumah.
Memetik laporan Harian Metro, suaminya, Fadzil Zahari berkata, keadaan Yana juga semakin baik selepas menerima rawatan.
“Alhamdulillah… Yana beransur sihat. Dia berada di wad selama tiga hari dan selepas doktor menilai keadaan kesihatannya, barulah dia dibenarkan balik rumah.
“Mami (Yana) sihat dan baby (anak) pun sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu Fadzil memaklumkan, Yana mulanya mengadu demam panas dan sakit-sakit sendi serta badan sebelum dimasukkan ke wad.
Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan Yana mengalami dehidrasi dan perlu dimasukkan ke wad.Fadzil turut berkata, Yana sudah dirawat selama dua hari di wad tetapi memberitahu masih berasa letih lagi dan tidak boleh cakap banyak.
Yana yang popular menerusi filem Adnan Sempit, kini hamil anak keempat dimana kandungannya kini berusia lebih lima bulan.Fadzil turut memuat naik perkongsian di laman Instagram miliknya meminta pengikutnya untuk mendoakan kesihatan Yana yang dimasukkan ke wad.
Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 9, Aura Aisy Sofea, 5, dan Aisy Hakeem yang kini berusia setahun
Selepas berkahwin, Yana menguruskan rumah tangga sepenuh masa, selain terbabit dalam perniagaan. – HMetro Online –
IMedikel TV






