Home Hiburan TIADA NIAT UNGKIT KISAH LAMA, KAMAL ADLI MOHON MAAF

TIADA NIAT UNGKIT KISAH LAMA, KAMAL ADLI MOHON MAAF

KUALA LUMPUR: Tidak mempunyai niat mahu mengungkit kisah lama, pelakon filem Takluk 2: OP Daulat, Kamal Adli tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada siaran langsung Melodi, Khamis lalu.

Memetik lalporan Harian Metro, Menurut Kamal, 40, sewaktu proses penggambaran filem berkenaan berlangsung, dia sedang berdepan fasa paling teruk dalam hidupnya selain menghargai sokongan orang sekeliling yang membantu mengawal emosinya.

“Saya masa tengah ‘shoot’ filem Takluk, memang tengah terjadi sesuatu yang paling teruk dalam hidup saya.

“Saya cuma nak ucap terima kasih kepada semua yang ada waktu itu, yang kawal emosi saya tapi mungkin ada salah faham dan ada perkataan yang boleh ‘trigger’ pihak Uqasha,” katanya.

Mengakui kekhilafan itu berpunca daripadanya, Kamal menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang niat buruk apabila memperkatakan perkara berkenaan.

Menurutnya, dia sekadar mahu menzahirkan penghargaan kepada mereka yang berada di sisinya ketika menjalani penggambaran selain mahu mempromosikan filem Takluk 2: OP Daulat.

“Benda (apa yang berlaku) itu semua salah daripada saya sendiri. Saya nak minta maaf dan saya harap sebenarnya benda itu tiada niat langsung.

“Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ada waktu saya ‘shoot’ filem dan ketika saya sedang mempromosikan filem itu juga.

“Mereka ada (bersama) waktu itu yang mencuba untuk menggembirakan saya. Itu sahaja, tak ada benda lain,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Kamal yang juga pengacara menafikan ada menyebut mana-mana nama mahupun merujuk kepada tragedi tertentu, selain memohon maaf sekiranya perkara itu menyinggung perasaan bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Katanya, dia berharap agar masyarakat khususnya netizen saling memaafkan serta menghentikan budaya mengecam mana-mana pihak.

“Saya memang tidak petik satu nama pun atau tragedi apa yang terjadi. Tidak ada langsung, niat saya memang tak ada ke arah itu pun.

“Jadi saya nak minta maaf kepada Uqasha kalau benda ini mengguris perasaan. Saya minta maaf.

“Saya harap, orang-orang yang di luar sana paling penting, netizen pun minta maaf. Saya sayang anda semua dan janganlah kecam sesiapa pun,” katanya.

Terdahulu, Kamal mengimbau kenangan apabila meneruskan penggambaran filem Takluk 2: OP Daulat ketika melalui fasa sukar selepas berpisah dengan Uqasha pada awal tahun ini.

Kamal dipetik berkata, pada hari kejadian, dia tidak sempat pulang berjumpa dengan ahli keluarga, sebaliknya terus memandu ke Kuantan, Pahang bagi menyambung semula penggambaran filem berkenaan.

Akibat kenyataan Kamal itu, Uqasha meluahkan rasa kecewa serta mempersoalkan tindakan Kamal yang didakwa masih mengungkit kisah lama antara mereka di Threads.

Untuk rekod, rumah tangga pasangan selebriti itu berakhir selepas Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu. – HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here