Home Buletin Semasa PEMANDU LORI MAUT DIREMPUH MOTOSIKAL KETIKA MELINTAS JALAN

PEMANDU LORI MAUT DIREMPUH MOTOSIKAL KETIKA MELINTAS JALAN

38
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang warga emas maut selepas dirempuh motosikal ketika melintas jalan di Kilometer 41 Jalan Gua Musang–Kuala Krai sekitar jam 8.50 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai sedang melintas jalan untuk menuju ke lorinya yang diparkir di seberang jalan.

Beliau berkata, ketika kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 17 tahun dari arah Paloh menuju ke Gua Musang gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-9121222.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here