Home Hiburan TOMOK SEKELUARGA BAKAL TUNAI HAJI TAHUN INI

TOMOK SEKELUARGA BAKAL TUNAI HAJI TAHUN INI

25
0

KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi Tomok, Rahayu Abbas atau Ayu berkongsi mereka sekeluarga bakal berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji, tidak lama lagi. 

Memetik laporan Harian Metro, Ayu meluahkan rasa syukur apabila dia dan suami diberi peluang menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Menurutnya, mereka berharap segala urusan perjalanan serta ibadah dipermudahkan dan dikurniakan keberkatan sepanjang berada di tanah suci kelak.

“Alhamdulillah, dijemput menjadi tetamu Allah bersama suami.

“Tiada yang lebih kami harapkan selain doa agar perjalanan ini dipenuhi keberkatan dan rahmat-Nya, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di platform Threads.

Menerusi perkongsian itu, Ayu turut memuat naik foto bersama Tomok dan anak-anak ketika menghadiri kursus perdana haji sebagai persiapan sebelum berangkat ke tanah suci.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan selain dikurniakan haji mabrur.-HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here