Home Buletin Semasa TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA KELANTAN CATAT PENINGKATAN 74 PERATUS

TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA KELANTAN CATAT PENINGKATAN 74 PERATUS

148
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Penyertaan pelajar dalam program Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan mencatat peningkatan ketara sebanyak 74 peratus pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi, Inovasi dan Digital, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata pelaksanaan program tuisyen yang diperkenalkan pada 2024 itu memberi tumpuan kepada empat subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membabitkan 2,604 pelajar pada tahun ini.

“Pada tahun lalu, membabitkan seramai 1,495 pelajar dengan peruntukan sebanyak RM477,000.

“Manakala peruntukan sebanyak RM675,000 membabitkan seramai 2,604 pelajar untuk tahun ini.

“Sebelum ini kita ada satu kelas sahaja, tetapi tahun ini kita ada dua kelas di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Kita harap semoga peperiksan SPM tahun ini berlaku peningkatan pencapaian pada tahun ini,”katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Zameri Mat Nawang (PAS-Jelawat) berhubung jumlah pelajar yang mendapat manfaat dari pelaksanaan program tuisyen rakyat yang mula diperkenalkan tahun lalu serta pencapaian program tersebut di Persidangan DUN, di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Wan Roslan berkata pihaknya sudah mencuba kaedah baru iaitu e-Tuisyen Rakyat Sejahtera yang membabitkan empat subjek teras.

“Kita bekerjasama dengan Telekom Malaysia untuk kita sediakan format menjawab secara atas talian yang membabitkan semua subjek SPM dan boleh dilayari oleh calon SPM.

“Jadi pada tahun ini ia membabitkan seramai 1,896 pelajar yang menggunakan e-tuisyen ini dan insyaAllah dalam bajet bajet kiat pun sudah disediakan untuk tahun depan ini akan kita cuba untuk mengadakan e-Tuisyen Rakyat Sejahtera secara percuma untuk semua calon di negeri Kelantan.

“Itulah komitmen kita untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam peperiksaan SPM bahkan kepada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan lain pada masa akan datang bagi memastikan mereka mendapat akses pembelajaran tambahan yang berkualiti,”katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Zameri berkenaan cadangan kerajaan untuk penambahbaikan program itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here