Home Sukan MUNOZ BANGGA KOMITMEN TINGGI PEMAIN JDT

MUNOZ BANGGA KOMITMEN TINGGI PEMAIN JDT

41
0

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz memuji barisan pemainnya yang berjaya memastikan pasukan itu melakar pencapaian `luar biasa’ selepas meneruskan rentak tanpa tewas sepanjang 24 perlawanan Liga Super pada musim ini.

Memetik laporan Harian Metro, menurut Munoz, barisan pemain JDT musim ini antara terkuat yang dibimbingnya biarpun terpaksa mengharungi jadual padat membabitkan perlawanan kompetitif di peringkat domestik dan Asia tetapi berjaya mengekalkan konsistensi.

Katanya, sepanjang lapan bulan membimbing skuad itu, banyak perkara positif yang membantu pasukan itu berada di kemuncak selepas mampu menjaringkan lebih 100 gol dalam saingan liga domestik.

Mengulas mengenai kemenangan 14-1 ke atas Kelantan The Real Warrriors (TRW) dalam aksi penutup saingan liga di Stadium Sultan ibrahim, Iskandar Puteri, semalam, pengendali kelahiran Sepanyol itu tidak melihat kepada angka jaringan sebaliknya kapasiti barisan pemain yang berjuang untuk mencapai keputusan positif.

“Kita mencatat rekod dengan gol terbanyak dan menyamai rekod dunia pasukan tidak pernah tewas dan semua itu membanggakan tapi apa yang lebih mengujakan setiap pemain yang diturunkan beri komitmen tinggi sehingga minit ke-95 perlawananan. 

“Itu yang kita mahu malah ia juga menggembirakan saya kerana pemain menunjukkan peningkatan untuk aksi seterusnya kerana kita akan berdepan aksi lebih mencabar iaitu Piala Shopee dan final Piala Malaysia.

“Di sebalik kejayaan ini, saya ingin menjunjung kasih kepada boss kami (Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail) kerana Tuanku merupakan tunjang kejayaan JDT yang sentiasa berada di sisi kami untuk menyuntik semangat dan memberi nasihat serta memberi inspirasi kepada barisan pemain,” katanya.

Beliau juga memuji persembahan pemain tengah, Shio Hong Wan yang kembali beraksi dalam kesebelasan utama selepas agak lama tidak turunkan akibat kecederaan yang panjang dan tidak memiliki minit permainan mencukupi namun tampak konsisten mengemudi jentera tengah.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here