Home Hiburan TABAH TANPA AMAR

TABAH TANPA AMAR

185
0

Dalam kehidupan berumah tangga, pasti akan hadir ujian yang menguji kekuatan jiwa seorang wanita.

Namun, bagi pelakon popular Amyra Rosli, perpisahan sementara dengan suami, Amar Baharin yang kini dalam misi berbasikal ke Makkah bukan penghalang untuk terus mengurus keluarga serta meneruskan kerjaya seninya.

Memetik laporan Harian Metro, beberapa bulan terakhir, Amyra mengakui tidak menggunakan khidmat pembantu rumah walaupun ada niat ke arah itu.

Namun, proses mendapatkan bantuan mengambil masa dan sementara menanti, Amyra memilih untuk menguruskan semuanya sendiri.

“Walaupun penat, anak-anak saya sangat memudahkan. Mereka dengar kata dan tidak terlalu aktif. Jadi, walaupun letih, masih boleh diuruskan,” katanya.

Sebagai ibu, isteri dan dalam masa sama mempunyai karier aktif dalam bidang lakonan, Amyra percaya bahawa penyusunan masa dan niat yang baik akan memudahkan segalanya.

Dia turut menolak tanggapan bahawa ketiadaan Amar menjadi sebab dia menolak

tawaran berlakon. Sebaliknya, Amyra lebih memilih watak dan produksi supaya

tidak mengganggu masa bersama anak-anak.

“Kalau telefilem atau drama bersiri pendek dalam 20 atau 30 episod, itu tidak menjadi masalah sebab anak-anak boleh bersama ibu saya dan adik-beradik, ” katanya.

Menariknya, sejak bertudung dan menjadi ibu, Amyra mula menerima lebih banyak watak berat dan emosional, berbanding peranan lebih ringan seperti dalam drama popular Isteri Tuan Ihsan atau Suamiku Encik Sotong.

Namun, dia tidak melihat hal itu sebagai beban, malah bersikap terbuka selagi skrip tidak bertentangan dengan prinsip peribadinya.

Sebagai isteri kepada suami yang dalam misi spiritual dan fizikal ke Makkah, Amyra tidak menafikan bahawa perasaan risau tetap ada, terutama apabila Amar melalui negara seperti Iran yang asing baginya.

Namun, komunikasi yang konsisten melalui panggilan video dan mesej memberi ketenangan buat dirinya dan anak-anak. “Saya ada GPS, jadi saya tahu lokasi Amar sepanjang masa.

Sebagai isteri, perasaan risau tetap ada. Tapi, saya serahkan semua kepada Allah, ” katanya. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Sehari selepas Amar bertolak, anaknya pula mengalami kecederaan dan disahkan mempunyai retakan kecil di kaki.

Namun, Amyra menerima ujian itu dengan sabar dan reda, menyifatkannya sebagai

latihan kekuatan dari Tuhan. Lebih menyentuh hati, Amyra menyimpan harapan untuk bertemu suaminya di Makkah bersama anak-anak sekiranya diberi rezeki dan kesempatan oleh Allah.

“Ramai kata saya wanita yang kuat. Tapi, kekuatan saya datang dari suami, anak-anak dan keluarga, terutama ibu bapa saya yang sentiasa bersama. “Ibu saya selalu ingatkan, ‘Amar pergi buat benda baik, untuk Allah.

Tak perlu terlalu sedih’. Itu pesan ibu saya,” katanya. Dalam ketidakhadiran Amar, Amyra membuktikan bahawa seorang wanita mampu berdiri teguh, menjalani kehidupan dengan hati yang reda dan tidak pernah berhenti menyemai cinta kepada keluarga dan Tuhan. – Hmetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here