Home Hiburan ZARINA ZAINUDDIN RESPON DAKWAAN KEBERSIHAN KILANG PULUT KUNING

ZARINA ZAINUDDIN RESPON DAKWAAN KEBERSIHAN KILANG PULUT KUNING

44
0

KUALA LUMPUR: “Masya-Allah, biarlah orang nak burukkan kita, tidak ke mana pun dia.” 

Demikian reaksi pelakon, Zarina Zainuddin, 56, susulan dakwaan tular yang mempersoalkan tahap kebersihan kilang pengeluaran pulut kuning miliknya di platform Threads, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, isu terbabit mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads mendakwa menerima maklumat daripada rakannya yang juga bekas pekerja mengenai persekitaran premis didakwa membimbangkan.

Bagaimanapun, Zarina ketika dihubungi memilih untuk enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, malah dia menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.

“Biarlah orang buat kita, kita jangan balas apa-apa. Allah ada,” katanya ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp.

Terdahulu, hantaran yang dimuat naik individu terbabit tular sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ada segelintir pihak menggesa siasatan dilakukan terhadap perniagaan berkenaan.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here