Home Buletin Semasa KPDN BERI NOTIS KEPADA PREMIS CAJ RM30 BAIKI KALKULATOR

KPDN BERI NOTIS KEPADA PREMIS CAJ RM30 BAIKI KALKULATOR

55
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengeluarkan notis terhadap sebuah premis, di sini yang mengenakan caj RM30 untuk membaiki kalkulator yang dimasuki air.

Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata notis dikeluarkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Menurutnya, pihak KPDN meminta peniaga berkenaan mengemukakan maklumat mengenai harga barangan dibaiki dalam tempoh empat hari bekerja untuk dapatkan maklumat mengenai harga bagi siasatan lanjut.

”KPDN memberikan peringatan bahawa pemantauan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang cubaan manipulasi pengguna akan diambil tindakan secara tegas demi melindungi kepentingan pengguna dan negara,” katanya.

Beliau berkata aduan mengenai caj RM30 yang dikenakan untuk membaiki kalkulator itu diterima melalui aduan rasmi.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti manipulasi atau salah laku peniaga supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here