Home Buletin Semasa DUA TEKONG DARAT DIDAKWA SELUDUP MIGRAN DI TUMPAT

DUA TEKONG DARAT DIDAKWA SELUDUP MIGRAN DI TUMPAT

50
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

PASIR MAS: Dua tekong darat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup 12 migran warganegara Myanmar dan Bangladesh di Kampung Telaga Bata, Chabang Empat, Tumpat, Mac lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Rozi Isa, 48, dan Solim Sultan Amin, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua lelaki itu didakwa telah menjalankan penyeludupan terhadap lapan orang migran warganegara Myanmar dan empat migran warganegara Bangladesh menggunakan kereta Perodua Bezza di sebuah kawasan semak, Kampung Telaga Bata, Chabang Empat, Tumpat pada 11 malam, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan, kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Mei depan ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here