Home Buletin Semasa DUA LELAKI DICEKUP SIMPAN ROKOK, BERAS SELUDUP DARI THAILAND

DUA LELAKI DICEKUP SIMPAN ROKOK, BERAS SELUDUP DARI THAILAND

29
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Dua lelaki ditahan kerana menyimpan rokok dan beras tidak bercukai yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam satu serbuan, semalam.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu dicekup kira-kira jam 6.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Bukit Bidang, Selising di sini menerusi Op Kontraban.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 141,200 batang rokok serta 7,775 kilogram (kg) beras.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM191,672, melibatkan rokok tidak bercukai bernilai RM155,320 dan beras RM37,577,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati salah seorang suspek mengaku terlibat dalam kegiatan penjualan rokok dan beras tidak bercukai yang dipercayai diseludup, manakala seorang lagi menafikan penglibatan.

“Kedua-dua suspek telah ditahan dan permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan penyeludupan dan barang tidak bercukai,” katanya.

Beliau menegaskan polis memandang serius kegiatan penyeludupan kerana bukan sahaja merugikan hasil negara, malah boleh menjejaskan keselamatan serta ekonomi tempatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti ini diminta tampil membantu pihak polis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here