Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Pernah tular pada 2017, milo ais kepal mamaza yang berkonsepkan dalam baldi kuning berbentuk itik terus menjadi pilihan ramai, sehingga ke hari ini.
Menurut asmanizazielawaty ahmad, 41, sebanyak 200 bekas terjual dalam sehari terutama pada hujung minggu.
Bagaimanapun, jualan sekarang tidak semeriah ketika tular beberapa tahun lepas.
Team imedikel tv berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual peniaga milo ais kepal di pauh lima.
“Perniagaan ni sebab benda viral ni macam sekejap je tapi la boleh bertahan lama,”

Lebih mesra disapa mamaza, dia berkata perniagaan yang diusahakan bersama suami, fariq atan, 39, pada awalnya hanya menjual milo ais kepal dalam gelas biasa.
Pada mulanya, mamaza hanya menambah pendapatan dengan cara berniaga makanan dan minuman di luar kedai runcit namun sambutan diterima agak hambar.
“Lepas pkp cuti lama 2 tahun tak menjual kebetulan jumpa baldi itik yang comel tu jadi nak cuba buat,”
Mamaza berkata percubaannya membuat kelainan dengan menjual milo ais kepal dalam baldi kuning berbentuk itik ternyata mendapat sambutan meriah daripada pelanggan.
Menurutnya, resipi bancuhan milo dibuat tanpa campuran perisa lain baik nestlo atau coklat.
“Kak guna milo tu tak campur la memang hundred percent kita guna milo,”
Katanya selain bekas itik, terdapat juga bekas unicorn, anak beruang dan baldi kartun.
“7 kilogram milo minimum kalau hari minggu tu lebih sikit”
Mamaza berkata niatnya juga ingin membantu anak muda yang ingin bekerja dan mencari sumber pendapatan.
Dia juga berharap perniagaannya bertahan lebih lama walaupun terdapat minuman viral baru yang tumbuh bagaikan cendawan sepanjang masa.

Katanya, milo ais kepal yang dijual bermula dengan harga rm4 hingga rm70.
Tambahnya sudah hampir 7 tahun kedai milo ais kepal baldi mamaza bertapak di pauh lima sehingga sekarang.
Imedikel TV






