Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta bakal menikmati Baucar Buku MADANI bernilai RM100.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya dijangka memperincikan kaedah penebusan insentif tersebut dalam masa terdekat.
“Maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan, kaedah pelaksanaan dan proses penebusan baucar berkenaan akan diumumkan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Baucar Buku MADANI bernilai RM100 kepada semua pelajar IPT awam dan swasta sebagai usaha memperkasa budaya ilmu serta amalan membaca dalam kalangan mahasiswa.
“Insentif itu mampu menggalakkan mahasiswa untuk terus membudayakan amalan membaca, merancakkan wacana intelektual di kampus dan memugar budaya keilmuan yang sentiasa dahagakan pengetahuan.
“Ia bukan sekadar sebuah insentif bermakna untuk mahasiswa, malah merupakan satu pelaburan besar dalam usaha kementerian melahirkan bakat terbaik negara yang holistik dan berdaya saing,” jelas kenyataan itu hari ini.
Jelasnya, keprihatinan Kerajaan MADANI adalah satu langkah yang amat tepat dalam usaha menyuntik semangat dan menggalakkan mahasiswa IPT untuk terus membudayakan amalan membaca serta aktif menimba ilmu pengetahuan.
IMedikel TV






