Home Buletin Semasa MERCEDES MEWAH DISITA, WARGA CHINA ANTARA TIGA PEMANDU TANPA LESEN DICEKUP JPJ...

MERCEDES MEWAH DISITA, WARGA CHINA ANTARA TIGA PEMANDU TANPA LESEN DICEKUP JPJ MELAKA

48
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

MELAKA: Sebuah kereta mewah jenis Mercedes antara tiga kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 selepas pemandunya didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi JPJ Melaka, kenderaan mewah itu dipandu oleh seorang warga China yang gagal mengemukakan lesen memandu sah ketika pemeriksaan dijalankan.

“Turut dikenakan tindakan ialah sebuah lagi kenderaan yang dipandu oleh warga Indonesia atas kesalahan sama, iaitu tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Dalam operasi sama, JPJ Melaka turut menyita sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga Myanmar berketurunan Rohingya selepas didapati melakukan beberapa pelanggaran undang-undang jalan raya.

“Antara kesalahan dikesan ialah tidak memiliki lesen memandu yang sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans,”jelas kenyataan itu.

Kesemua kenderaan terbabit dihantar ke Depoh Sita JPJ Negeri Melaka untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Negeri Melaka akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here