Home Buletin Semasa ALUNAN MERDU BERGEMA, MUSABAQAH PASIR PUTEH CUNGKIL BAKAT QARI BAHARU

ALUNAN MERDU BERGEMA, MUSABAQAH PASIR PUTEH CUNGKIL BAKAT QARI BAHARU

24
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Musabaqah Tilah Al-Quran Peringkat Daerah Pasir Puteh 2026 menjadi medan mencungkil bakal qari baharu apabila menghimpunkan peserta terbaik dari seluruh daerah dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh malam tadi.

Pengerusi Komuniti Seri Aman, Kamaruddin Mat Zin berkata, penganjuran program  itu bertujuan bukan sekadar pertandingan tilawah, maalh bertujuan memartabatkan al-Quran dalam kehidupan masyarakat selain mencungkil bakat baharu dalam bidang tilawah.

“Program seperti ini bukan sahaja menjadi platform pertandingan, malah mampu menyemai kecintaan terhadap al-Quran serta menggalakkan masyarakat menghayati isi kandungannya.

“Saringan peserta kategori sekolah rendah dan sekolah menengah dijalankan menerusi rakaman video pada 15 dan 16 Mei lalu, manakala peserta kategori dewasa perlu hadir secara fizikal untuk sesi saringan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata hanya 13 peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir yang berlangsung malam tadi.

Majlis anjuran Komuniti MADANI Seri Aman itu turut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Zamri Zainal Abidin.

Jelas beliau, pertandingan itu melibatkan penyertaan qari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan dewasa dari seluruh daerah Pasir Puteh.

Katanya, johan kategori sekolah rendah menerima wang tunai RM1,500, manakala kategori sekolah menengah menerima RM2,000.

“Bagi kategori dewasa pula, johan akan menerima wang tunai RM5,000,” katanya.

Pemenang bagi setiap kategori akan mewakili daerah Pasir Puteh ke Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here