Home Buletin Semasa AMBIL PELUANG BUAT AKIKAH ANAK SEMPENA AIDILADHA

AMBIL PELUANG BUAT AKIKAH ANAK SEMPENA AIDILADHA

97
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini memberi makna lebih istimewa buat sesetengah keluarga apabila mereka mengambil peluang melaksanakan ibadah akikah untuk anak dengan menyertai bahagian korban lembu yang dilakukan sempena Aidiladha.

Bagi seorang pekerja swasta, Kaswadi Min, Aidiladha kali ini cukup bermakna apabila dia akhirnya dapat menunaikan akikah untuk anak ketiganya yang kini berusia dua tahun.

“Saya memang dah lama merancang untuk buat akikah anak, tetapi baru tahun ini ada rezeki lebih.

“Apabila tiba Aidiladha, saya rasa ini masa paling sesuai kerana suasana ibadah lebih terasa dan urusan pengagihan daging juga lebih tersusun,” katanya ketika ditemui selepas selesai melapah seekor lembu di Kampung Jelawat, di sini, hari ini.

Kaswadi berkata, keputusan untuk melaksanakan akikah ketika musim korban dibuat kerana urusan penyembelihan lebih mudah selain dapat berkongsi rezeki dengan orang ramai.

Tambahnya, dia turut bersyukur kerana berpeluang pulang bercuti sempena Aidiladha tahun ini memandangkan bekerja di Putrajaya.

“Bagi saya, akikah bukan sekadar tuntutan sunat, tetapi juga peluang untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim dengan orang ramai,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here