Home Buletin Semasa REMAJA MAUT, PUTUS TANGAN KANAN DALAM NAHAS MOTOSIKAL DAN KERETA DI PASIR...

REMAJA MAUT, PUTUS TANGAN KANAN DALAM NAHAS MOTOSIKAL DAN KERETA DI PASIR MAS

37
0

Oelh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Seorang penunggang motosikal maut selepas mengalami kecederaan parah termasuk putus tangan kanandalam kemalangan sebuah kereta di Jalan Lubok Gong–Jeram Perdah (Jalan Rantau Panjang Lama), di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Bilik Gerakan IPD Pasir Mas kira-kira jam 5 petang.

Menurut beliau, kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah kereta Honda Jazz.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal dipercayai bergerak dalam keadaan laju sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan kereta  yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa gagal mengawal motosikalnya untuk kembali ke laluan asal menyebabkan motosikal tersebut bergesel dengan bahagian hadapan sebelah kanan kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk putus tangan kanan serta kecederaan serius pada beberapa bahagian badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mazlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti keseluruhan punca kejadian,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here